Berita Semasa

SC arah Quantum Metal hentikan penawaran saham

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Sekuriti (SC) hari ini mengarahkan pengasas dan Pengarah Quantum Metal Exchange Inc (QMEI), Datuk Lim Khong Soon @ Lim Hock Seng supaya berhenti dan menamatkan segera penawaran saham syarikatnya kepada awam.

Kata SC dalam satu kenyataan hari ini, penawaran tersebut melanggar kesalahan di bawah undang-undang sekuriti.

“Arahan ini dikeluarkan berikutan dapatan kita bahawa QMEI melakukan penawaran itu kepada orang ramai, termasuk menerusi platform Quantum Metal Sdn Bhd (QMSB) kepada ahlinya.

“Untuk makluman, tindakan QMEI melakukan penawaran tersebut tanpa mendapatkan pengiktirafan dan mendaftarkan dokumen pendedahan dengan SC melanggar Seksyen 212(5) Akta Pasaran Modal & Perkhidmatan 2007,” kata SC dalam satu kenyataan, hari ini.

Sehubungan itu, kata SC lagi, QMEI beserta butiran berkaitannya telah diletakkan dalam Senarai Amaran Pelabur

“SC ingin mengambil peluang ini untuk menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati ketika menerima sebarang tawaran pelaburan.

“Orang ramai turut digesa melaporkan kepada SC jika mereka didekati oleh orang yang mencurigakan dan tidak berlesen yang menawarkan produk pasaran modal menerusi emel atau hubungi +603-6204 8999,” kata SC lagi.

Show More

Related Articles

Back to top button