Jenayah & Mahkamah

Mangsa sindiket pekerjaan di Laos dipaksa makan babi

SEPANG – Lima rakyat Malaysia beragama Islam dan Hindu dipaksa memakan daging babi dan lembu semasa berada dalam tahanan sindiket pemerdagangan manusia di Laos.

Pengalaman itu diceritakan mangsa yang berjaya diselamatkan selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA) dari Vientiane, Laos baru-baru ini.

Mereka merupakan sebahagian daripada mangsa sindiket penipuan pekerjaan yang menawarkan ganjaran gaji sebanyak RM6,000 sebulan di negara itu.

Bagaimanapun nasib K Khirubhananthan, 25; K Khirubhakaran, 25; T Thinagaran, 35; Farhana Mohd Zainal Abdain, 26 dan Muhammad Amirrul Nor Azman, 26, bertukar tragik apabila mereka dijual kepada warga China dan Taiwan.

“Pada awalnya kami ditawarkan bekerja sebagai pegawai khidmat pelanggan secara dalam talian.

“Kami disediakan kemudahan penginapan selama dua minggu sebelum kami dibawa ke suatu tempat dan dijual,” katanya memetik laporan BH Online.

Kesemua mangsa ditemui di balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur KLIA 2, di sini.

Khirubhananthan berkata, di rumah milik warga China dan Taiwan itu mereka diberikan makan sekali sehari berupa daging lembu manakala dua yang beragama Islam diberikan daging babi.

Menurutnya lagi, merek juga diugut akan dikenakan renjatan elektrik dan dipatahkan kaki sekiranya tidak mahu memberikan kerjasama.

“Sindiket berkenaan turut merampas telefon bimbit dan pasport kami menyebabkan kami terputus hubungan dan tidak dapat bergerak ke mana-mana.

“Kemudian kami terpaksa meminta pertolongan daripada warga Laos dengan meminjam telefon bimbit untuk menghubungi pihak yang boleh membantu kami melepaskan diri dari sindiket berkenaan.

“Kami berjaya menghubungi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teruntum, Sim Chon Siang dan pegawainya untuk datang menyelamatkan kami,” katanya.

Ujarnya, orang ramai dinasihatkan untuk lebih berhati-hati sekiranya ditawarkan pekerjaan dengan gaji yang lumayan terutamanya di dalam talian supaya tidak menjadi mangsa penipuan atau pemerdagangan manusia.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Facebook :Malaysia Tribune
X :@malaysiatribune
Instagram :@malaysiatribune
Threads :@malaysia.tribune
Youtube :Malaysia Tribune
TikTok : Malaysia Tribune
Whatsapp Channel :Malaysia Tribune
Telegram :Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button