PM X

Anwar, Zahid ucap tahniah sempena ulang tahun keputeraan Sultan Johor

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merafak sembah dan mengucapkan tahniah kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Sultan Johor hari ini.

Menerusi hantaran di Facebook, Anwar mendoakan semoga baginda serta seluruh Kerabat Diraja dilimpahi rahmat dan hidayah serta berada dalam keadaan sihat, sejahtera dan penuh kedaulatan.

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam catatan di Facebooknya turut merafak sembah ucapan tahniah kepada Sultan Ibrahim

“Daulat Tuanku. Sembah patik bersama seluruh ahli keluarga, kakitangan di Pejabat Timbalan Perdana Menteri dan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) serta seluruh kepimpinan dan ahli-ahli UMNO,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Facebook :Malaysia Tribune
X :@malaysiatribune
Instagram :@malaysiatribune
Threads :@malaysia.tribune
Youtube :Malaysia Tribune
TikTok : Malaysia Tribune
Whatsapp Channel :Malaysia Tribune
Telegram :Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button