Berita SemasaLuar Negara

Singapura negara paling gembira di Asia

SINGAPURA – Singapura disenaraikan sebagai negara paling gembira di Asia untuk 2023 diikuti Taiwan, Jepun, Korea Selatan, Filipina, Vietnam, Thailand, Malaysia, China dan Mongolia.

The Straits Times melaporkan Singapura meraih tempat ke-25 dalam laporan global 2023, ke-27 pada 2022 dan ke-32 pada 2021.

Pengarang The Straits Times, Wang Shun berkata, Singapura telah mencapai data yang sangat baik dari segi keluaran dalam negara kasar (KDNK) per kapita, antara kedudukan tertinggi.

“Ini bermakna Singapura benar-benar bersih, dan rakyatnya benar-benar mempunyai persepsi yang sangat rendah terhadap rasuah malah lebih rendah daripada Denmark atau Norway,” katanya.

Sementara itu, Singapura menduduki ranking ke-30 bagi negara paling gembira di dunia untuk 2021-2023, menurut Laporan Kebahagiaan Dunia 2024.

Finland mendahului carta untuk tempoh itu, dengan Denmark dan Iceland memperoleh dua tempat berikut daripada 143 negara dan wilayah yang ditinjau.

Tiga tempat terakhir ialah Lesotho, Lubnan dan Afghanistan.

Laporan tahunan dikeluarkan pada 20 Mac diperkenalkan pada 2012 bagi menyokong matlamat pembangunan mampan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Data itu diperoleh daripada syarikat penyelidikan pasaran AS Gallup dan organisasi seperti Bank Dunia dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia.

Wang Shun turut menyatakan, laporan tersebut terdapat juga skor yang hanya berdasarkan penilaian individu terhadap kehidupan mereka sendiri dan berdasarkan tinjauan pendapat mereka menilai betapa gembiranya mereka.

“Singapura berada di kedudukan ke-54 untuk 2021-2023 apabila membandingkan responden berumur di bawah 30 tahun, dan ke-26 bagi mereka yang berumur lebih 60 tahun.

“Walaupun negara dalam 10 teratas indeks global sebahagian besarnya kekal sama, terdapat peserta baharu seperti Costa Rica dan Kuwait dalam 20 teratas, akan tetapi Amerika Syarikat terkeluar daripada 20 teratas buat kali pertama dalam sejarah 12 tahun laporan itu,” tambahnya lagi

Show More

Related Articles

Back to top button