Berita SemasaJenayah & Mahkamah

MCMC terima kunjungan NGO bincang isu amang seksual

CYBERJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menerima kunjungan daripada Yayasan Chow Kit (YCK) dan lebih 10 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi membincangkan isu amang seksual dan jenayah seksual terhadap kanak-kanak dalam talian.

Sesi perbincangan ini diketuai oleh Ahli Suruhanjaya MCMC, Derek Fernandez.

Dalam satu kenyataan MCMC memaklumkan, perbincangan diadakan bagi meneliti statistik kes-kes yang berlaku serta mencari pendekatan kolaboratif di antara MCMC, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan NGO.

“Pertemuan ini juga untuk meneliti usaha memerangi gejala pengantunan seksual dalam talian, jenayah seksual dan penderaan seksual terhadap kanak-kanak di Malaysia.

“Kesemua yang hadir sedia memberikan komitmen untuk meningkatkan kesedaran dan tindakan pencegahan turut menjadi fokus utama pertemuan kali ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Turut hadir dalam perbincangan itu adalah Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Mohammad Fauzi Md Isa; Ahli Suruhanjaya MCMC, Datuk Wei Chuan Beng; Ketua Pegawai Hal Ehwal Korporat MCMC, Datuk Zulkarnain Mohd Yasin; serta wakil daripada PDRM yang diketuai oleh Ketua Unit Siasatan Kanak-Kanak, Superintenden Hirdawati Isa.

Antara peserta lain yang turut serta dalam perbincangan adalah Pengasas YCK, Datuk Hartini Zainudin dan Pengarah Eksekutif Childline Foundation, Datin PH Wong.

Turut hadir wakil-wakil dari ECPAT Malaysia, Persatuan Pekerja Sosial Malaysia, UNICEF Malaysia, Protect and Save the Children (PSC), Monsters Among Us (MAU), Operation Underground Railroad (OUR), Global Shephers Berhad, Fakulti Psikologi dan Sains Sosial Universiti Cyberjaya, National Early Childhood Intervention Council (NECIC), Make It Right Movement serta Johore Women’s League (JEWEL).

Show More

Related Articles

Back to top button