Berita SemasaPolitik

Adun Kuala Kubu Bharu meninggal dunia

SHAH ALAM -Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Kubu Bharu, Selangor, Lee Kee Hiong meninggal dunia pagi tadi.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, menzahirkan ucapan takziah buat keluarga mendiang.

Dalam satu kenyataan rasmi Menteri Besar berkata pemergian beliau telah meninggalkan satu kekosongan yang sukar diganti dalam perkhidmatan awam dan politik tempatan.

“Penduduk Kuala Kubu Baharu, khususnya, merasa kehilangan yang besar, kerana mereka telah diwakili dan dibantu beliau sejak 2013 lagi.

“Dalam mengenang jasa beliau, Kerajaan Perpaduan Selangor mewakili rakyat Selangor mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, beliau turut merakamkan ucapan takziah buat ahli DAP di atas kehilangan itu.

“Semoga mereka diberikan kekuatan dan kesabaran untuk mengharungi detik yang mencabar ini.

“Kita akan sentiasa mengenang jasa beliau dalam membawa perubahan dan kemajuan untuk rakyat,” katanya lagi.

Show More

Related Articles

Back to top button