Berita Semasa

Cuaca kering, panas dijangka berlarutan 7 hari

KUALA LUMPUR – Cuaca kering dan panas dengan suhu melebihi 35 darjah Celsius di kebanyakan tempat di Semenanjung dan Sabah dijangka akan berlarutan dalam tempoh tujuh hari.

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang masih berpotensi berlaku terutama di kawasan barat Semenanjung dan Sarawak pada lewat petang dan awal malam.

“Orang awam dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan media sosial rasmi METMalaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih,” kata METMalaysia dalam kenyataan tersebut.

Sementara itu, ekuinoks iaitu fenomena yang berlaku dua kali setahun pada 20 Mac dan 22 September apabila matahari berada tegak di atas garisan Khatulistiwa, memberi kesan minimum terhadap suhu dan cuaca negara.

Pada hari kejadian ekuinoks, seluruh dunia akan mengalami masa siang dan malam yang sama panjang, masing-masing 12 jam.

Show More

Related Articles

Back to top button