Berita Semasa

Angkat Rakan Muda sebagai agenda nasional – Ahmad Zahid

Dapat bendung kebejatan sosial dalam kalangan belia

KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini meminta supaya progam Rakan Muda diangkat sebagai agenda nasional dengan menggunakan pendekatan Whole of Nation.

Ini kerana, kata Ahmad Zahid, program Rakan Muda akan dapat memastikan waktu lapang belia diisi dengan aktiviti yang bermanfaat dan turut berperanan sebagai platform kepada pengukuhan intergrasi nasional dan perpaduan kaum.

“Skor Indeks Belia Malaysia telah menunjukkan penurunan daripada 48.49 peratus pada tahun 2021 kepada 42.43 peratus pada tahun 2022. Ini menunjukkan bahawa belia kurang terlibat dengan aktiviti semasa waktu lapang.

“Jika perkara ini tidak di atasi, belia dikhuatiri melakukan perkara tidak berfaedah dan menjadi punca kepada kebejatan sosial,” kata Ahmad Zahid dalam satu kenyataan, hari ini.

Program Rakan Muda yang diperkenalkan sejak 1994, telah diberi nafas baharu selari dengan perkembangan zaman dan teknologi, dan dilancarkan semula oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jun tahun lepas.

Ahmaz Zahid kemudiannya menambah, Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Belia Bil 1/2024 yang dipengerusikannya hari ini turut dimaklumkan bahawa terdapat beberapa isu yang melingkari golongan tersebut yang telah dikenalpasti.

“Oleh yang demikian, isu tersebut memerlukan intervensi dan pelan pemerkasaan yang holistik melibatkan sektor ekonomi dan sosial yang berpacukan data (dashboard belia).

“Antara isu tersebut adalah peluang pekerjaan, penyalahgunaan dadah (AIDS/HIV), pornografi, buli siber, sendikit penipuan pekerjaan, kesihatan mental, kewangan, buhun diri dan perpaduan dan ekstremisme, kenegaraan dan demokrasi,” kata Ahmad Zahid lagi.

Mesyuarat yang diadakan hari ini di Bangunan Parlimen di sini, merupakan platform bagi membincangkan isu-isu pembangunan belia yang memerlukan keputusan dasar di setiap Kementerian dan Agensi berkaitan supaya dapat mencapai satu kesepakatan yang menyeluruh.

Show More

Related Articles

Back to top button