Berita SemasaPM X

Ali XPDC terima sumbangan dari Perdana Menteri

KUALA LUMPUR – Bekas penyanyi kumpulan XPDC, Mohd Ali Ismail atau lebih dikenali sebagai Ali XPDC baru-baru ini menerima sumbangan dari Perdana Menteri melalui Setiausaha Politiknya, Farhan Fauzi.

Ali yang juga bekas penyanyi kumpulan Terra Rossa kini dilaporkan menderita akibat masalah paru-paru yang menyebabkan beliau tidak dapat aktif dalam dunia seni.

Perdana Menteri berkata, beliau dimaklumkan bahawa Ali kini bergantung harap kepada hasil jualan produk maruku yang diusahakan oleh isterinya.

“Bagi meringankan beban beliau dan keluarga, saudara Farhan turut menyampaikan sumbangan daripada pihak saya.

“Saya mendoakan beliau dikurniakan afiyah serta diberikan kekuatan untuk meneruskan kehidupan bersama keluarga tercinta,insya-Allah,” katanya dalam catatan di Facebooknya petang ini.

Perdana menteri berkata, orang ramai yang ingin menyokong perniagaan isteri Ali boleh menghubungi Sharifah di talian 011-70700 885

Show More

Related Articles

Back to top button