Jenayah & Mahkamah

Stoking kalimah Allah: Pemuda UMNO gesa siasatan tegas diambil

KUALA LUMPUR – Pemuda UMNO mendesak supaya mereka yang terlibat dalam isu kalimah Allah yang tertera di stoking dan dijual di pasar raya KK Mart disiasat dan dikenakan yang keras sebagai pengajaran kepada pihak lain.

Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, sehubungan itu pihaknya telah membuat sekurang-kurangnya 13 laporan polis supaya tindakan segera dapat diambil.

“Kalau sebelum ini siasatan polis terhadap kes kalimah Allah di stoking dan dijual di KK Mart tidak boleh dilakukan kerana tiada laporan, maka laporan polis di seluruh Malaysia telah kami lakukan. Sehingga semalam sekurang-kurangnya 13 laporan telah dibuat di setiap negeri.

“Seluruh rakyat Malaysia menunggu apakah hasil siasatan dari laporan ini. Kami minta agar ia disiasat di bawah Seksyen 298(A) Kanun Keseksaan dan diberikan hukuman yang sekerasnya agar ia menjadi pengajaran kepada mana-mana pihak yang ingin bermain dengan isu 3R ini,” katanya dalam satu hantaran dalam laman Facebooknya.

Dalam pada itu, beliau juga mendesak KK Mart memasang kain rentang permohonan maaf di setiap cawangan mereka.

“Hari ini adalah hari kedua sejak daripada desakan kita untuk KK Mart meminta maaf di setiap cawangan mereka di dalam Malaysia. Saya nak mohon anda semua cuba check KK Mart di kawasan anda ada tak menaikkan kenyataan mohon maaf di kedai mereka?

“Dan kepada mana-mana individu yang nak jadi hero pertahankan isu ini dan minta jangan perbesarkan isu ini shame on you sebab tunduk pada taukey besar,’ tegasnya.

Show More

Related Articles

Back to top button