Jenayah & Mahkamah

Siti Dhia Batrisyia ditemui berjalan berseorangan di Sri Rampai awal pagi tadi

KUALA LUMPUR : Selepas lima hari dilaporkan hilang, kanak-kanak berusia 12 tahun, Siti Dhia Batrisyia Mohd Cahirul Anuar ditemukan selamat awal pagi tadi.

Mangsa ditemui berjalan berseorangan di kawasan lot kedai di Sri Rampai dekat sini oleh anggota Kawasan Rukun Tetangga (KRT) pada pukul 2.28 pagi.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, pencarian itu dibantu oleh penduduk Kawasan Rukun Tetangga (KRT) selepas menerima maklumat mengenai keberadaan kanak-kanak tersebut.

“Susulan itu, ibu mangsa, Syarifah Rosfazila telah menghubungi kami memaklumkan penemuan anak sulungnya itu dan telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk urusan pemeriksaan kesihatan,” katanya.

Syarifah pada pagi ini turut mengumumkan penemuan Siti Dhia Batrisyia melalui Facebook dan mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam usaha mengesan anaknya.

Semalam media melaporkan polis mengambil keterangan membabitkan beberapa orang ahli keluarga susulan kejadian itu.

Siti Dhia Batrisyia yang keluar bersendirian tidak pulang ke rumah Selasa lalu dipercayai selepas berlaku perselisihan faham dengan ahli keluarganya.

Show More

Related Articles

Back to top button