Berita Semasa

KPDN kerah lebih 3,000 anggota dalam Ops Pantau 2024

PUTRAJAYA – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mengerahkan lebih 3,000 anggota penguat kuasa di lokasi yang menjadi tumpuan pengguna sepanjang Ramadan dan sempena musim perayaan kali ini.

Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, kerahan itu turut melibatkan 2,200 anggota penguat kuasa, Van STAR (Skuad Tindakan Aduan dan Resolusi Pengguna) dan kereta peronda.

Selain itu katanya, sebanyak 900 pegawai pemantau harga (PPH) juga akan dikerahkan bagi membantu pelaksanaan pemantauan harga di lapangan sempena Ops Pantau 2024 sejak 12 Mac lalu.

“Mengikut statistik sejak 12 Mac yang lalu sehingga kini, sebanyak 6,566 premis telah diperiksa sepanjang pelaksanaan Ops Pantau dengan bilangan aduan diterima sebanyak 226 dan sebanyak 26 kertas siasatan telah dibuka untuk tindakan.

“Di peringkat negeri Sabah pula, sebanyak 231 premis telah diperiksa, bilangan aduan yang diterima adalah sebanyak 16 dan sebanyak 4 kertas siasatan telah dibuka untuk tindakan,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Armizan berkata, langkah itu bertujuan mewujudkan ruang persekitaran perniagaan yang selamat dan beretika.

“Skop penguatkuasaan Ops Pantau 2024 ini memberi tumpuan kepada bekalan barang tumpuan sepanjang Ramadan dan Syawal seperti gula, ayam, telur, minyak masak, tepung gandum, beras, barang basah dan barang membuat kuih-muih.

“Pemeriksaan dan pemantauan juga lebih berfokus kepada premis perniagaan yang mengadakan jualan murah supaya peniaga-peniaga mengikut perundangan yang dikuatkuasakan dan tidak be

Show More

Related Articles

Back to top button