Berita Semasa

Stokin kalimah Allah: KK Mart menyesal, mohon maaf

PETALING JAYA – Rangkaian kedai serbaneka KK Super Mart memohon maaf atas kelalaian mereka dalam menjual stokin yang memaparkan perkataan Allah.

Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulannya, KK Chai memohon maaf dan amat menyesal atas perkara yang telah berlaku beberapa hari yang lalu.

“Saya sendiri tidak boleh terima penjualan stokin terdapat kalimah Allah apatah lagi mahu mencetak produk berkenaan.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada netizen yang menularkan perkara itu supaya kami dapat mengambil tindakan secepat mungkin,” katanya dalam sidang media hari ini.

Chai menyatakan bahawa stokin tersebut merupakan sebahagian daripada produk konsainan daripada vendor dari Batu Pahat.

“Kami sekali lagi memohon maaf dan akan memastikan perkara seumpama ini tidak berlaku lagi,” katanya.

Sementara itu, syarikat Xin Jian Chang Sdn Bhd dari Batu Pahat juga mengakui kesilapan kerana tidak memeriksa produk yang dibeli dari China dengan teliti.

“Kami memohon maaf kepada semua umat Islam dan juga kepada KK Supermart & Superstore Sdn Bhd,” kata vendor tersebut.

Hantaran tersebut telah menerima lebih dari seribu komen dan perkongsian, dengan reaksi yang bercampur dari pengguna.

Show More

Related Articles

Back to top button