Berita Semasa

Ajaran ‘Ahmadi’ manipulasi ayat Quran, hadis Nabi – IKIM

KUALA LUMPUR – Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) memandang serius ajaran sesat ‘Ahmadi Agama Keamanan dan Cahaya’ yang memanipulasi ayat-ayat al-Quran, dan hadis Nabi SAW bagi menyebarkan fahamannya.

Sehubungan itu, Ketua Pengarah IKIM, Prof Madya Datuk Dr Mohamed Azam Mohamed Adil menegaskan, pihaknya akan melakukan sebarang usaha bagi membendung ajaran itu daripada tersebar.

“Ajaran sesat ini aktif melakukan pelbagai platform media sosial. Namun mereka menjadi agak popular melalui penstriman langsung (live stream) di platform TikTok. Kebimbangan tercetus kerana akaun Tiktok tersebut mempunyai pengikut lebih 30,000 pengikut (followers) dan mempunyai jumlah penonton yang ramai apabila mereka melakukan, selain menggunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa komunikasi mereka.

“Ajaran ini menyeru orang ramai supaya turut menjadi pengikut Imam al-Mahdi dan pemimpin-pemimpin Imam Mahdi yang didakwa telah muncul masa kini; mereka juga mempercayai penjelmaan semula (reincarnation), juga mempercayai bahawa utusan utusan tuhan itu terdiri daripada pelbagai manusia yang hebat daripada pelbagai agama seperti Nabi Ibrahim, Krishna, Zoroaster, Buddha, Zeus, Moses, Aristotle,Socrates, Pythagoras, Plato, Nabi Isa and Nabi Muhammad SAW.

“Falsafah dan konsep ajaran ini jelas mengandungi banyak percanggahan dengan ajaran Islam, dan bersifat plularisma agama. Orang yang memiliki sedikit ilmu pengetahuan ajaran Islam pasti menyedari ajaran ini jelas menyalahi ajaran Islam yang sebenar,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sehubungan itu, beliau berkata, sebagai inisiatif membantu pembendungan ajaran sesat tersebut, IKIM akan menggunakan semua saluran dan platform seperti Radio, TVIKIM, media sosial seperti Facebook, Instagram, Tiktok dan sebagainya bagi memberikan kefahaman jelas kepada masyarakat.

Ia termasuk menyedarkan masyarakat awam betapa bahayanya ajaran sesat berkenaan jika ia menular.

“IKIM juga akan menghasilkan penulisan oleh pegawai-pegawai penyelidik dan parafelow yang akan diterbitkan dalam akhbar perdana dan laman web IKIM bagi memberi kefahaman yang sebenar kepada masyarakat,” katanya.

Ajaran sesat tersebut yang dikepalai oleh seorang individu mengaku bahawa dirinya ialah Imam al-Mahdi dengan menggunakan gelaran Abdullah Hashem Aba al-Sadiq.

Manakala pendeta (bishop) mereka di Malaysia dan Indonesia bernama Kashfullah Bin Amaluddin.

Saluran di aplikasi Youtube The Ahmadi Religion of Peace and Light (AROPL) juga didapati mempunyai seramai 24,300 pengikut dan 275 video.

Show More

Related Articles

Back to top button