Berita Semasa

Keindahan Ramadan di PICC 3,000 Bubur Lambuk percuma

PUTRAJAYA – Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dan PULSE Group bersama anak syarikatnya, Co-X, mengagihkan 3,000 bungkus bubur lambuk percuma pada 1 Ramadan di PICC, Putrajaya.

Program ini merupakan tradisi pemberian bubur lambuk secara percuma yang sering dilakukan oleh PICC dan PULSE Group bersama anak syarikatnya Co-X sejak 2015.

Ketua Eksekutif Kumpulan PULSE Group, Mahmad Anuar Othman berkata, program ini merupakan sebahagian daripada inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) PULSE Group dan Co-X bagi menyemarakkan bulan Ramadan dan mengukuhkan hubungan dengan komuniti.

“Pengedaran bubur lambuk sudah menjadi tradisi setiap tahun di PICC. Amalan bersedekah sempena bulan mulia ini akan diteruskan pada masa akan datang kerana ianya telahpun menjadi tradisi. Semestinya, berbuka puasa tidak lengkap sekiranya tiada pencuci mulut kegemaran ramai iaitu bubur lambuk. Ianya adalah salah satu menu pencuci mulut bagi Cita Rasa Klasik Bufet Ramadan kami setiap tahun. Bubur lambuk istimewa ini disediakan khas oleh barisan chef-chef kami yang berpengalaman,” katanya dalam kenyataan beliau semalam.

“Resipi bubur lambuk PICC ini mengandungi campuran pelbagai jenis rempah ratus, kentang dan daging yang dimasak boleh barisan chef-chef dan kakitangan Pengurusan PULSE Group dan PICC. Sejumlah 150 kilogram (kg) beras dan lebih 15 kg daging kisar digunakan sebagai ramuan utama dalam bubur lambuk yang dimasak dalam 6 periuk,” ujarnya lagi.

Show More

Related Articles

Back to top button