Berita Semasa

Umat Islam di Malaysia berpuasa Selasa ini

KUALA LUMPUR – Tarikh permulaan hari wajib berpuasa bagi umat Islam di negara ini ditetapkan pada hari Selasa ini bersamaan 12 Mac ini.

Pengumuman rasmi tarikh permulaan puasa diisytiharkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM), sebentar tadi.

“Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja, Penyimpan Mohor Besar Raja-raja, Malaysia mengisytiharkan bahawa tarikh permulaan puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ialah pada hari Selasa, 12 hb Mac 2024,” katanya.

Penentuan tarikh 1 Ramadan melalui cerapan anak bulan dilakukan di 29 lokasi di seluruh negara lewat petang ini.

Show More

Related Articles

Back to top button