Berita Semasa

Letak barang perniagaan tanpa kelulusan, 22 gerai disita

SEPANG – Sebanyak 22 gerai dikenakan tindakan sita dalam satu tindakan operasi di sekitar Kota Warisan dan Bandar Baru Salak Tinggi di sini.

Menurut Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) dalam satu kenyataan, tindakan itu diambil terhadap penjaja yang meninggalkan barang perniagaan di tempat awam.

“Tindakan penguatkuasaan itu yang dilakukan pada 4 dan 5 Mac lalu oleh Jabatan Penguatkuasa dibuat berdasarkan aduan oleh orang awam disebabkan peniaga meletakkan barang perniagaan tanpa mendapat kelulusan daripada MPSepang,” katanya hari ini.

Dalam pada itu katanya, barang yang dirampas akan diletakkan di stor simpanan dan peniaga perlu menjelaskan notis kesalahan dan kos sitaan sebelum barangan sitaan dituntut.

Pada masa sama katanya, Jabatan Penguatkuasa juga mengeluarkan notis kesalahan atas kesalahan meletakkan barang berhubung dengan perniagaannya (kerusi/meja) di bawah Peruntukan 46(1)(d) meletakkan halangan di tempat awam (Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974) terhadap penjaja berkenaan.

Sementara itu, MPSepang juga menasihatkan kepada semua peniaga supaya tidak meninggalkan sebarang peralatan perniagaan di tapak perniaagaan atau dimana-mana tempat awam.

Tegasnya, tindakan sitaan akan diambil daripada pihak berkuasa sekiranya kesalahan tersebut dilakukan.

Show More

Related Articles

Back to top button