Berita Semasa

Projek rintis diesel bersubsidi diperluaskan

DENGKIL – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memperluaskan projek rintis Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) 2.0 kepada sembilan jenis kenderaan sektor pengangkutan darat barangan mulai esok.

Menteri KPDN, Datuk Armizan Mohd Ali, fasa dua projek rintis berkenaan melibatkan lori kargo am, lori minuman botol, lori ais, lori luton, lori tangki, lori tangki air, van panel dan van ‘window’.

“Alhamdulillah, selepas dua bulan, projek rintis dengan enam syarikat (sebelum ini) berjalan dengan baik, tiada isu besar, maka bermula esok, kita akan memperluaskan projek rintis fasa dua membabitkan sembilan jenis kenderaan dalam sektor pengangkutan darat barangan,” kata Armizan, hari ini.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Majlis Perasmian Kampung Fresh Market Sdn Bhd di sini, hari ini.

Sehubungan itu, kata Armizan lagi, syarikat yang terbabit dalam sektor pengangkutan darat barangan, boleh membuat permohonan bermula pukul 9 pagi esok melalui pautan ini. http://mysubsidi.kpdn.gov.my.

“Jadi, syarikat dalam sektor terbabit dan memiliki kenderaan seperti disenaraikan, dikehendaki membuat permohonan melalui mysubsidi diesel mulai esok sehingga 31 Mac ini,” katanya.

Dibawah program ini, syarikat yang diluluskan boleh mendapatkan Fleet Card daripada syarikat minyak pilihan untuk pembelian diesel bersubsidi.

Penggunaan Fleet Card ini adalah antara usaha untuk beralih daripada kaedah manual ke teknologi digital dalam mengawal selia barang bersubsidi yang dipertanggungjawabkan di bawah KPDN.

Show More

Related Articles

Back to top button