Bisnes & Ekonomi

12 dilantik ahli Majlis Penasihat Industri

BANGI – Sebanyak 12 pegawai tertinggi syarikat terkemuka di Malaysia dan Jerman dilantik sebagai ahli Majlis Penasihat Industri (IAC).

Mereka terdiri daripada pegawai tertinggi syarikat dan industri seperti Aerodyne Group, Automev Global, B.Braun Malaysia, Bermaz Auto, Bosch Rexroth, Ciba Vision (Alcon), Dotcom Telecomunication, Ericson Malaysia, Lucas Nulle, Robert Bosch, Sapura Energy dan Siemens Malaysia.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, langkah itu diambil bagi menjayakan pemerkasaan TVET di Malaysia.

“Bukan sekadar latihan dan kepakaran dari Jerman sekarang yang kita mahukan tetapi juga teknologi Jerman dapat dipindahkan ke negara ini.

“Pelantikan penasihat dari dalam dan luar negara khususnya Jerman adalah untuk memastikan lebih banyak lagi teknologi dapat dipindahkan dan mengambil daripada kejayaan TVET negara tersebut.

“Sebagai pemulaan kita melantik ahli majlis penasihat dari Jerman kerana hubungan yang sedia ada melalui GMI dan akan datang dari negara lain juga” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Majlis Penasihat Indistri di Kampus GMI, Bangi hari ini.

Yang hadir sama Pengerusi MARA, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki dan Pengerusi GMI, Ahmad Solihin Mohamed Yusoff.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata, usaha memperkasa polisi TVET kebangsaan dengan penyertaan pelbagai industri bermula dengan mengubah persepsi kobolehpasaran pelatih TVET dan peluang kerjaya dengan pendapatan yang melebihi RM3,500 sebulan.

“Pada Kongress Ekonomi Bumiputera baru-baru ini Perdana Menteri menyasarkan 100,000 pelatih TVET dalam tempoh 5 tahun, akan tetapi setelah sidang kemuncak hari ini, sasaran peribadi saya kita mampu melahirkan 500,000 pelatih TVET dalam jangkamasa 5 tahun.

“Ini kerana melihat komitmen dan hasil kerjasama yang telah dan akan terjalin di antara GMI dan pemain industri dan agensi agensi lainya kita mampu melatih lebih ramai lagi dan mengasilkan tenaga kerja yang lebih baik”

“Dengan latihan dan kerjasama serta gaji yang bermakna akan mampu mengubah nasib golongan bumiputera di negara ini khususnya yang berada di desa,” katanya.

Dalam majlis yang sama turut menyaksikan petukaran Memorandum Persefahaman (MoU) antara GMI, UniKL dan GiatMARA dengan rakan industri kepada usaha kolobratif memajukan sektor TVET.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button