
Malaysia seru masyarakat dunia hormati, tolak ansur sesama kaum dan agama
MELBOURNE – Masyarakat berbilang kaum dan agama perlu sentiasa menghormati dan bertolak ansur antara satu sama lain untuk hidup sebagai sebuah komuniti, demikian gesa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sewaktu berucap merasmikan Kompleks Sukan Al-Taqwa di Kolej Al-Taqwa di sini.
Perdana Menteri berkata, dunia boleh menjadikan Australia sebagai contoh untuk menghormati komuniti minoriti Islam di negara itu dalam kalangan masyarakatnya.
“Masyarakat berbilang kaum dan agama perlu sentiasa menghormati dan bertolak ansur antara satu sama lain untuk hidup sebagai sebuah komuniti.
“Gesaan itu saya tekankan sewaktu berucap merasmikan Kompleks Sukan Al-Taqwa di Kolej Al-Taqwa seraya diapit Azizah dan delegasi Malaysia,” kata Anwar yang juga Menteri Kewangan dalam satu kenyataan di Facebook hari ini.
Terdahulu, Perdana Menteri bersama isterinya Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail serta delegasi Malaysia melakukan lawatan di sekitar kawasan kolej selain menemuramah pelajar kolej berkaitan isu global, Gaza, Islamophobia dan terkait Islam amnya.
Perdana Menteri tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Melbourne malam tadi bagi memulakan lawatan rasmi sulungnya ke Australia atas jemputan rakan sejawat, Anthony Albanese.
Lawatan tersebut akan melibatkan beberapa mesyuarat dan pertemuan penting, perbincangan meja bulat dengan ketua-ketua industri di Melbourne, sebelum ke Canberra pada hari terakhir lawatan pada 7 Mac.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |