Luar Negara

Jurucakap tentera rejim zionis letak jawatan beramai-ramai

TEL AVIV – Jurucakap tentera Israel, Laksamana Muda Daniel Hagari dilaporkan meletak jawatan susulan kempen tentera penjajah Israel yang sudah berterusan selama lima bulan.

Hagari merupakan jurucakap yang paling popular dengan imejnya kini turut terakam sebagai sebuah meme.

Laporan media Israel, Channel 14 menyebut, beberapa pegawai lain turut mengikut jejak langkah Hagari.

Antara nama yang disebut termasuk timbalannya, Kolonel Moran Katz dan jurucakap antarabangsa tentera Israel, Leftenan Richard Heshit.

Keputusan peletakan jawatan beramai-ramai itu disebabkan oleh bantahan terhadap isu operasi dan peribadi.

“Langkah luar biasa ketika perang mencerminkan ‘masalah dalaman’ dihadapi Unit Jurucakap IDF,” jelas laporan itu lagi.

Sebelum ini, Menteri Hal Ehwal Tentera, Yoav Gallant pernah mengakui tentera rejim zionis sedang berdepan ‘akibat dahsyat’ kerana melancarkan perang genosid ke atas Tebing Gaza.
Setelah kempen pengeboman itu berterusan selama lima bulan, rejim zionis masih gagal untuk mencapai matlamat mereka yang kononnya mahu menghapuskan pejuang Hamas, sebaliknya lebih 30,000 nyawa tidak berdosa menjadi korban kekejaman kempen mereka.

Show More

Related Articles

Back to top button