Berita SemasaBisnes & Ekonomi

DD Cat perkenal 3 rekaan baharu baju raya untuk kucing kesayangan sempena Aidilfitri

KUALA LUMPUR – Selepas mendapat sambutan yang menggalakkan pada tahun lalu, DD Cat, jenama pakaian kucing kali ini memperkenalkan koleksi Baju Raya Kucing DD Cat sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri 2024 dengan kolaborasi bersama artis terkenal, Anna Jobling.

Pada tahun ini, DD Cat memperkenalkan tiga rekaan terbaharu seperti baju kurung, baju kebaya dan baju Melayu dengan pilihan lapan jenis warna dan penggunaan songket berkualiti, como crepe polos dan perincian renda French lace yang elegan.

Anna Jobling wajah kepada DD Cat pakaian kucing.

Dalam pada itu, Anna Jobling berkata, beliau melahirkan rasa syukur dan gembira kerana pada kali ini tampil bukan hanya sebagai wajah penghias tetapi turut menyumbangkan idea dan inspirasi rekaan ekslusif.

Beliau berkata, rekaan yang ditampilkan kali ini pasti akan menarik peminat untuk menggayakan kucing kesayang mereka di hari lebaran nanti.

“Semua orang tahu Anna sangat kasih dan sayangkan haiwan khususnya kucing dan Anna selalu mahukan yang terbaik untuk kucing-kucing Anna.

“Lebih menarik untuk kali ini koleksi yang dikeluarkan turut menawarkan saiz bermula daripada S hingga XXL,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran koleksi Baju Raya Kucing DD Cat yang berlangsung di Coo&RIKU Lalaport Pet Shop di sini hari ini.

Pada sambutan Aidilfitri tahun lalu, rekaan baju kucing keluaran syarikat itu mendapat sambutan yang luar biasa dengan jualan melebihi 15,000 helai dicatat di Malaysia, Singapura dan Brunei.

Untuk tahun ini, DD Cat turut berkongsi rezeki dengan membuka peluang perniagaan untuk ejen dan affliate bagi mereka yang berminat menambah rezeki sepanjang bulan Ramadan ini.

Sebanyak 25,000 helai pakaian telah siap untuk dipasarkan di Malaysia, Singapura dan Brunei pada kali ini dan boleh didapati di dalam talian seperti Shopee dan Tiktok @ddcathq bermula 4 Mac.

Show More

Related Articles

Back to top button