Berita Semasa

Telegram sedia kerjasama dengan MCMC kemaskan kawal selia

CYBERJAYA – Penyedia aplikasi permesejan Telegram sedia bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bagi memperkemas aspek kawal selia.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, kesediaan tersebut dinyatakan sendiri oleh pengasas dan pemilik Telegram, Pavel Durov ketika pertemuan mereka di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) pada Sabtu.

“Perbincangan kami amat positif dan banyak fokus diberikan kepada perkara berkaitan kerangka kawal selia platform itu dan teknologi baharu (termasuk AI).

“(Pada masa yang sama) Telegram bersedia untuk bekerjasama dengan MCMC bagi memperkemas aspek kawal selia, terutama untuk banteras aktiviti scam dan judi dalam talian di platform berkenaan,” kata Fahmi dalam satu hantaran di laman Facebook miliknya, hari ini.

Beliau menambah, Pavel turut menyatakan minat untuk mengadakan perbincangan lanjut tentang beberapa peluang kerjasama dengan Kerajaan Malaysia, selain memberi komitmen dan bersedia untuk ke Malaysia pada masa akan datang.

“Saya juga telah menjemput beliau untuk datang ke Malaysia bagi meneruskan perbincangan dengan semua pihak berkepentingan,” kata Fahmi lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button