Berita Semasa

PPM, IUMS meterai MOU Jambori Pengakap Malaysia ke-14

KUALA LUMPUR – Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) telah memeterai memorandum persefahaman (MOU) bersama International Union of Muslim Scout (IUMS) dalam hal ehwal kerjasama untuk Jambori Pengakap Malaysia ke-14 dan 8th IUMS Peace Camp akan datang.

Kerjasama itu antara lain untuk memperkukuhkan komitmen kedua-dua pihak dalam usaha menjayakan Jambori Pengakap Malaysia Ke-14 dan 8th IUMS Peace Camp yang akan berlangsung pada 14 hingga 20 September tahun ini.

Dalam majlis yang sama kelmarin, PPM turut melancarkan logo rasmi Jambori Pengakap Malaysia Ke-14 dan memperdengarkan lagu jambori yang digubah oleh komposer yang juga ahli pengakap, Mohd. Shahirin Mahmood.

Hadir sama, Ketua Pengakap Negara, Mejar Jeneral Datuk Mohd. Zin Bidin; Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara, Nasaruddin Shamsuddin dan Setiausaha Agung IUMS, Dr. Zuhair Hussain Ghunaim.

Pada tahun ini, negeri Selangor akan menjadi tuan rumah Jambori Pengakap Malaysia Ke-14 dan 8th IUMS Peace Camp.

Seramai 10,000 peserta dijangka memeriahkan jambori berkenaan dengan 2,000 peserta dari rantau Asia Pasifik, 1,000 peserta dari negara-negara anggota IUMS dan 7,000 peserta dari dalam negara.

Show More

Related Articles

Back to top button