PM X

Yusuf Islam serikan Majlis Ilmu Madani

PUTRAJAYA – Pemuzik tersohor British, Yusuf Islam yang sebelum ini dikenali sebagai Cat Stevens tampil menjadi tetamu istimewa dalam Majlis Ilmu Madani di sini malam tadi.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Yusuf dalam perkongsiannya bertajuk “Da’wah Through The Fog” telah menyingkap pengalaman spiritual beliau meneroka keindahan dalam Islam serta mencari ketenangan dan bimbingan dalam al-Quran.

“Selain menghadapi pelbagai prasangka dan prejudis dalam dakwah, Yusuf tetap menonjolkan sisi nilai keadilan, ihsan dan kesederhanaan yang menjadi inti kepada ajaran Islam.

“Perkongsian Yusuf memberi inspirasi khususnya bagaimana beliau menyampaikan mesej Islam yang sarat dengan nilai keadilan dalam iklim jamak budaya dan agama,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook malam tadi.

Selain itu, majlis tersebut turut menerima tetamu istimewa iaitu Syeikh Muhammad Haydara al-Jilani, ulama asal Gambia.

Dalam pada itu, Perdana Menteri juga menzahirkan penghargaan atas perkongsian pengalaman peribadi Yusuf Islam dan doa Syeikh Muhammad Haydara al-Jilani khususnya kepada Malaysia dan umat Islam secara umumnya.

“Semoga Saudara Yusuf dapat kembali lagi ke Malaysia terutamanya dalam konteks kesenian dan dakwah,” ujarnya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Facebook :Malaysia Tribune
X :@malaysiatribune
Instagram :@malaysiatribune
Threads :@malaysia.tribune
Youtube :Malaysia Tribune
TikTok : Malaysia Tribune
Whatsapp Channel :Malaysia Tribune
Telegram :Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button