Berita Semasa

Mohd Khairuddin Othman dilantik KP J-KOM ganti Agus

PETALING JAYA – Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Paya Jaras yang juga bekas EXco Selangor, Mohd Khairuddin Othman dilantik sebagai Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom) yang baharu menggantikan Mohammad Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff.

Perkara itu diumumkan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Mohamad Fauzi Md Isa dalam hantaran poster ucapan tahniah di Facebooknya hari ini.

Moh Khairuddin yang juga setiausaha PKR Selangor itu berkuat kuasa hari ini.

“Semoga J-Kom akan terus memperkukuh komuniti Madani yang berbudaya ilmu, berkemahiran digital dan berjiwa patriotik,” katanya

Baru-baru ini, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil memaklumkan calon bagi jawatan itu sudah dimuktamad dan akan diumumkan selepas selesai dokumentasi.

Jawatan Ketua Pengarah J-Kom dikosongkan selepas peletakan jawatan peyandangnya, Dr. Mohammad Agus sejak November tahun lalu yang terpalit dengan dakwaan rakaman perbualan tidak bermoral dengan seorang pegawai J-KOM.

Dalam satu sidang media, Agus mendakwa video perbualan mengaitkannya itu palsu dan disunting pihak tidak bertanggungjawab.

Show More

Related Articles

Back to top button