
Enam terselamat dalam nahas helikopter di laut Norway
OSLO – Tindakan pantas pasukan penyelamat berjaya membawa keluar enam kru syarikat minyak dan gas yang terhempas dalam nahas sebuah helikopter model Sikorsky S-92 di pesisir pantai Barat Norway, semalam.
Pusat Koordinasi Menyelamat Bersama Norway memaklumkan, kesemua anak kapal Bristow Norway termasuk juruterbang dibawa keluar sejurus selepas menerima maklumat mengenai kemalangan itu.
Bagaimanapun, keadaan kesemua mereka yang diselamatkan dan dirawat di Hospital Universiti Haukelandmasih belum diketahui.
Laporan mengenai kejadian itu disahkan oleh pengurus Bristow Norway, Heidi Wulff Heimark.
Menurut pegawai perkhidmatan penyelamat, pesawat dipercayai berlepas dalam keadaan angin kencang bagi menjalankan misi latihan mencari dan menyelamat.
Insiden itu mengimbau kembali peristiwa tragis pada 2016 apabila sebuah helikopter Airbus Super Puma terhempas di kawasan yang sama mengakibatkan kesemua 13 kru terkorban.
Kejadian itu juga membawa kepada penggantungan penggunaan model helikopter tertentu dalam industri minyak dan gas Norway.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |