Berita Semasa

Perdana Menteri terima kunjungan BERSIH di pejabatnya

KUALA LUMPUR – Kerajaan Perpaduan sentiasa bersikap terbuka kepada sebarang cadangan atau saranan daripada wakil masyarakat sivil dalam usaha menambah baik proses pilihan raya dan reformasi institusi itu.

Perdana Menteri, Datuk Sedri Anwar Ibrahim berkata, peluang untuk berdialog dan bertukar pandangan penting bagi memahami aspirasi masyarakat sivil serta cabaran yang dihadapi oleh kerajaan.

Beliau berkata demikian dalam satu hantaran di Facebook rasminya hari ini selepas menerima kunjungan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH).

“Hari ini, saya telah menerima Memorandum daripada Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) di Putrajaya oleh pimpinan BERSIH yang diketuai oleh Mohammad Faisal Abdul Aziz.

“Beberapa saranan pihak BERSIH menjadi perhatian saya dan terdapat antara cadangan dalam memorandum tersebut telah pun berada dalam pertimbangan dan tindakan Kerajaan Perpaduan,” katanya.

Beliau berkata, pendekatan yang lebih inklusif dalam mendengar sendiri pandangan kumpulan masyarakat sivil seperti BERSIH diharap dapat meningkatkan sinergi masyarakat pelbagai latar belakang dalam negara ini.

Anwar berkata, dalam pertemuan itu beliau turut menekankan kepentingan mengukuhkan pendidikan politik dan meningkatkan literasi politik dalam kalangan masyarakat ke arah politik Malaysia yang lebih baik.

Semalam, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Bersih mengadakan perhimpunan dan perarakan #Reformasi100 Peratus sebagai menuntut kerajaan melakukan reformasi pada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dengan melibatkan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen.

Bersih antara lain turut mendesak agar kerajaan tidak lagi memberikan penghakiman lepas tanpa bebas (DNAA) bagi kes yang berkait kepentingan awam.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Facebook :Malaysia Tribune
X :@malaysiatribune
Instagram :@malaysiatribune
Threads :@malaysia.tribune
Youtube :Malaysia Tribune
TikTok : Malaysia Tribune
Whatsapp Channel :Malaysia Tribune
Telegram :Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button