Berita Semasa

Hentikan salah tafsir frasa liberal pada Rukun Negara

PUTRAJAYA – Orang ramai diminta menghentikan tafsiran yang salah berhubung maksud frasa liberal yang terdapat dalam cita-cita Rukun Negara.

Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang berkata, salah satu cita-cita Rukun Negara adalah menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan pelbagai corak.

Beliau berkata, dalam konteks itu perkataan liberal merujuk kepada sikap keterbukaan dan penerimaan (faham, hormat dan terima) kepada perbezaan budaya antara kaum dan etnik.

“Rakyat bebas mengamalkan agama, adat resam serta kebudayaan masing-masing sesuai dengan kepentingan perpaduan negara.

“Sehubungan dengan itu, saya mohon agar semua pihak menghentikan tafsiran yang salah berhubung maksud frasa liberal yang terdapat dalam cita-cita Rukun Negara,” katanya dalam satu kenyataan.

Mengulas lanjut katanya, penerapan nilai-nilai liberal iaitu keterbukaan terhadap perbezaan budaya antara kaum dalam masyarakat akan membantu mencipta persekitaran yang lebih
inklusif, dinamik, dan progresif.

Pada masa sama katanya, ia memberi peluang kepada setiap individu untuk berkembang dan menyumbang kepada pembangunan negara secara positif.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Facebook :Malaysia Tribune
X :@malaysiatribune
Instagram :@malaysiatribune
Threads :@malaysia.tribune
Youtube :Malaysia Tribune
TikTok : Malaysia Tribune
Whatsapp Channel :Malaysia Tribune
Telegram :Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button