Berita SemasaBisnes & Ekonomi

Fouziah Gous lancar minuman sarang burung FG Walet edisi terbaru

KUALA LUMPUR – Pelakon dan pengasas minuman kesihatan FG Walet, Fouziah Gous melancarkan siri minuman penggalak kulit baharunya bertempat di MyNews Plaza Sentral, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Pengasas FG Walet, Fouziah Gous berkata, beliau sangat teruja untuk memperkenalkan Siri Penggalak Kulit di MyNews selaras dengan usaha pihaknya dalam mempromosikan gaya hidup sihat untuk pengguna semua peringkat umur.

“Produk kami sedia untuk dimakan dan semasa dalam perjalanan di cawangan MyNews menjadikannya mudah diakses dan berpatutan untuk pelanggan kami,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, kerjasama unik itu membawa produk sarang burung premium oleh FG Walet boleh diakses terus ke rak MyNews yang juga rangkaian kedai serbaneka terkemuka di Malaysia.

Siri Penggalak Kulit FG Walet: Rasai Perbezaan dalam 21 Hari menampilkan dua pilihan hidangan iaitu Sarang Burung Premium dengan Kolagen Tambahan dan gula batu menyasarkan untuk memerangi tanda-tanda penuaan dan meningkatkan seri kulit, manakala pilihan kedua, Sarang Burung Premium dengan Kolagen dan L-Cysteine bagi menyokong pencerahan kulit dan bertindak sebagai penggalak tenaga.

Sebagai rekod, FG Walet menggunakan sarang burung terbaik dan 100 peratus bahan semula jadi bagi memastikan pengguna menerima produk tulen yang memberi manfaat kepada kesihatan.

Komitmen yang dipegang oleh jenama ini terhadap kualitinya telah diiktiraf melalui pelbagai anugerah berprestij, termasuk Anugerah Inovatif Produk MIHAS (2023), Anugerah Pilihan Superbrands Malaysia (2020), dan Sarang Burung Pemakanan Terbaik oleh Anugerah Jenama Halal Asia (2019).

Jenama ini juga memegang pensijilan antarabangsa yang mematuhi piawaian pembuatan seperti HALAL, MESTI, GMP dan HCCP, membolehkan jenama itu mengembangkan pasarannya ke pasaran global seperti Brunei, Vietnam dan Singapura.

Lebih menarik, melalui Skim Pembangunan Ejen FG Walet, jenama itu telah membangunkan satu rangkaian usahawan di seluruh Malaysia bagi membantu mereka yang berminat untuk membina perniagaan sendiri sambil mempromosikan gaya hidup sihat menerusi produk FG Walet.

Show More

Related Articles

Back to top button