Berita Semasa

Kanak-kanak autism ditemukan mati lemas

PETALING JAYA – Seorang kanak-kanak lelaki autism ditemukan lemas di tasik dekat Taman Medan, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar@Ismail berkata, jasad kanak-kanak itu ditemukan pemancing pada kira-kira pukul 7 malam tadi.

“Difahamkan sebelum kejadian, bapa mangsa ada membuat laporan di Balai Polis Sea Park berhubung kehilangan kanak-kanak terbabit pada pukul 4 petang tadi.

“Jasd mangsa kemudiannya dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk proses bedah siasat,” katanya, sebentar tadi.

Terdahulu, ibu mangsa ada membuat hantaran di laman media sosial Facebook memohon bantuan orang ramai mencari anaknya yang berusia enam tahun yang hilang di Taman Aman sekitar pukul 4 petang tadi.

Show More

Related Articles

Back to top button