Berita SemasaPolitik

Notis #Reformasi100peratus Bersih tak cukup syarat

KUALA LUMPUR – Notis penganjuran perhimpunan #Reformasi100peratus oleh Bersih tidak memenuhi syarat yang ditetapkan Akta Perhimpunan Aman (APA).

Ketua Polis Kuala Lumpur, Allaudeen Abdul Majid memaklumkan perkara itu selepas Pengerusi Bersih, Muhammad Faisal Abdul Aziz mengumumkan penganjuran perhimpunan itu telah mendapat kebenaran pihak polis petang ini.

Allaudeen berkata, notis yang dikemukakan oleh penganjur itu tidak cukup syarat kerana perlu dikemukakan lima hari sebelum perhimpunan diadakan.

“Notis itu perlu dikemukakan lima hari sebelum, diserah bersama dokumen-dokumen yang tertentu,” katanya memetik laporan FMT.

Pengerusi Bersih, Muhammad Faisal Abdul Aziz pada petang ini menghantar notis pemakluman kepada polis dan memaklumkan kepada media bahawa perhimpunan itu akan diteruskan esok.

Perhimpunan akan bermula pada pukul 8 pagi di Tugu Negara dengan perarakan menuju ke Parlimen untuk penyerahan memorandum.

Faisal sebelum ini berkata, himpunan itu diadakan antaranya bagi menuntut reformasi Suruhanjaya Pilihan Raya, dengan melibatkan Jawatankuasa Pilihan Khas Dewan Rakyat dalam pemilihan pengerusi badan tersebut.

Show More

Related Articles

Back to top button