Luar Negara

Lelaki dipercayai anggota tentera AS bakar diri di kedutaan Israel

Protes terhadap kekejaman rejim zionis ke atas rakyat Palestin

WASHINGTON – Seorang lelaki memakai pakaian seragam tentera Amerika Syarikat (AS) membakar dirinya di hadapan kedutaan Israel di sini pada Ahad dipercayai sebagai tanda protes terhadap kekejaman rejim zionis di Palestin.

Lelaki itu, yang dipercayai anggota Angkatan Udara Amerika Syarikat (USAF) merakam sendiri aksi berkenaan.

Dalam video berkenaan, lelaki itu berkata, dia akan melakukan “seuatu yang ekstrim sebagai tanda protes”, dan enggan lagi “bersubahat dengan kekejaman ke atas rakyat Palestin”.

Dia kemudiannya menyiram badannya dengan cecair dipercayai bahan bakar, dan terus membakar dirinya.

Dia turut kedengaran melaungkan “Bebaskan Palestin” ketika api sedang marak.

Portal The Telegraph menyebut, jurucakap USAF, Rose Riley mengesahkan lelaki itu merupakan seorang anggotanya, namun tidak mendedahkan identitinya.

Lelaki itu kemudiannya dihantar ke hospital bagi menerima rawatan, dan keadaannya dilaporkan cedera parah akibat luka terbakar.

Show More

Related Articles

Back to top button