Berita SemasaHiburan

Festival Lentera Sisiran Tasik Putrajaya buka tirai bermula malam ini

PUTRAJAYA – Lebih 40 pengisian menarik bakal menanti pengunjung sempena Festival Lentera Sisiran Tasik Putrajaya yang bermula pada hari ini sehingga 3 Mac ini.

Festival berasaskan tradisi dan cahaya ini akan diadakan buat pertama kalinya di Anjung Floria, Presint 4 di sini bermula jam 5 petang sehingga 11 malam.

 

Pelbagai persembahan kebudayaan, tradisional dan pertunjukan lampu akan disajikan kepada penonton selama 9 hari ini.

Festival Lentera Putrajaya ini bakal mempersembahkan pertunjukan ‘Grand Light Symphony’, ‘Musical Fountain’, bot berhias bercahaya di samping lebih 40 pengisian menarik.

Bukan itu sahaja, pelbagai makanan dan minuman juga terdapat dijual di sini.

Tiket boleh dibeli secara dalam talian di laman sesawang https://event.pulsegroup.com.my atau di pintu masuk festival.

Harga tiket untuk warganegara Malaysia RM10 untuk pengunjung dewasa (13 tahun ke atas), RM5 kanak-kanak (7 hingga 12 tahun) dan warga emas bagi kanak-kanak di bawah 6 tahun dan orang kurang upaya (OKU) masuk adalah percuma.

Harga tiket warga asing RM30 bagi berumur. 13 tahun keatas dan kanak-kanak di bawah 12 tahun RM15, percuma kepada yang berumur 4 tahun ke bawah.

Majlis perasmian Festival Lantera Putrajaya berlangsung jam 8 malam ini.

Perkhidmatan bas perantara secara percuma juga disediakan untuk pengunjung dari stesen MRT Putrajaya dan terus ke Anjung Floria.

Show More

Related Articles

Back to top button