Berita SemasaHiburan

Dokumentari khas Blues Gang akan temui peminat selepas Aidilfitri

KUALA LUMPUR – Setelah lima dekad dalam industri muzik Malaysia, kumpulan legenda Blues Gang akan menyiarkan satu dokumentari kisah perjalanan seni mereka tidak lama lagi.

Menurut penyanyi kumpulan itu, Ito atau Mohd Arif Kendut, dokumentari itu dihasilkan
bagi meraikan ulang tahun ke-50 tahun Blues Gang dalam industri.

Dokumentari Blues gang

Ito berkata, kisah suka duka perjalanan mereka sebagai anak seni akan ditayangkan di sebuah portal hiburan atas talian.

“Saya berharap dengan tertayangnya dokumentari ini akan memberikan sedikit sebanyak maklumat tentang perjalanan Blues Gang.

“Kesedihan dalam kegembiraan apabila menonton dokumentari ini kerana dapat melihat kembali tiga ahli kumpulan Blues Gang yang telah pergi meninggalkan kami terlebih dahulu.

Blues gang bersama penerbit dan pengarah dokumentari

“Dokumentari ini hanya sedikit daripada apa yang dilalui oleh kami, banyak lagi kalau mahu diceritakan seperti album digam oleh RTM pada tahun 1998 kerana menyokong reformasi,” katanya kepada Malaysia Tribune.

Terdahulu kumpulan legenda irama blues itu beraksi kembali di atas pentas malam ini di Festival Back To The Blues 2024 yang diadakan di KLPac Sentul di sini.

Turut mengadakan persembahan hari ini Muzza, Dom Turner dan Al Terry, Azmyl Yunur dan ramai lagi pemuzik bergenre blues.

Matnor hendrix beraksi

Klinik muzik, program untuk kanak-kanak, tayangan filem dan pelbagai lagi aktiviti di festival kali ini.

Festival ini turut mendapat sokongan Kementerian Komunikasi dan MyCreative Venture Group.

Show More

Related Articles

Back to top button