
Santapan Ramadan Putra: Bersantap umpama raja di Hotel Sunway Putra
KUALA LUMPUR – Dengan menjelangnya bulan suci Ramadan, Sunway Putra Hotel menjemput orang ramai untuk menikmati pengalaman berbuka puasa yang bertemakan Santapan Ramadan Putra.
Lebih dari 100 hidangan istimewa disediakan oleh cef-cef tempatan dan antarabangsa bermula dari 15 Mac hingga 7 April 2024 di Coffee House, Tingkat 9, Lobi Utama, bermula dari jam 7 malam hingga 10 malam.

Pengurus F&B Hotel Sunway Putra, Salim Majid berkata, antara hidangan khas yang disediakan ialah kambing golek, nasi goreng kambing, dan berbagai pilihan sate dari Indonesia seperti sate Madura, sate Padang, sate kambing kicap dan sate Maranggi, Turut dihidangkan sate Malaysia yang disajikan bersama kuah kacang.
“Terdapat pelbagai jenis hidangan tersohor dihidangkan diantaranya kari kepala ikan salmon Kanada premium dan kepala ikan red snapper, yang pasti akan memberikan kelainan yang istimewa.

“Turut disajikan juga sup tulang lembu, terkenal dengan kuahnya yang cukup enak menyelerakan. Selain itu tidak ketinggalan pelbagai pilihan kuih-muih tradisional juga disediakan bagi menambahkan kemanisan pada ramadan ini,” katanya.
Menurut Salim, pihaknya turut menawarkan harga diskaun untuk pembelian awal Santapan Ramadan dengan harga bersih RM119 seorang dewasa.
Katanya, promosi itu bermula dari 15 sehingga 29 Februari 2024 ini.
“Bermula 1 Mac 2024, pakej akan dijual dengan harga asal RM149 bersih seorang dewasa.
“Selain itu Sunway Putra Hotel juga turut menganjurkan peraduan di media sosial untuk tetamu yang berkunjung di Santapan Ramadan Putra.
“Tetamu cuma perlu mengambil swafoto terbaik mereka bersama keluarga atau rakan-rakan, dengan menggunakan prop yang disediakan, berserta keterangan “Santapan Ramadan di Sunway Putra Hotel adalah pilihan terbaik saya kerana.
“Lima foto dengan kapsyen paling menarik yang dikongsikan akan berpeluang memenangi penginapan 2 hari 1 malam percuma di bilik deluxe berserta sarapan pagi untuk 2 orang di Sunway Putra Hotel,”katanya.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |