Berita Semasa

Kabinet lulus cadangan akta penubuhan Majlis Media Malaysia – Fahmi Fadzil

PUTRAJAYA – Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil hari ini memaklumkan Jemaah Menteri pada Rabu telah meluluskan pembentukan satu akta berkaitan penubuhan Majlis Media Malaysia.

Menurut jurucakap Kerajaan Perpaduan itu, langkah seterusnya ialah pembentukkan undang-undang berkaitan oleh Jabatan Peguam Negara, dan ia dijangka dibentang di Parlimen pada Jun depan.

“Jemaah Menteri telah meluluskan dasar bagi membentuk satu akta Majlis Media Malaysia. Kalau mengikut susur galur, dasar mengenai pembentukan satu akta penggubalan akta Majlis Media telah dimasukkan pada 2019.

“Tapi memandangkan terdapat perubahan Kerajaan, dan setelah terbentuk Kerajaan baharu pada Parlimen ke-15, iaitu Kerajaan Madani sekarang, maka perlu ada selaras beberapa perkara dasar.

“Langkah seterusnya ke ialah proses draf undang-undang yang akan disiapkan oleh Jabatan Peguam Negara. Kita jangka jika tiada aral melintang, draf lulus dan bawa ke Parlimen bulan Jun ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam satu sidang media selepas mesyuarat Kabinet di Putrajaya hari ini.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Facebook :Malaysia Tribune
X :@malaysiatribune
Instagram :@malaysiatribune
Threads :@malaysia.tribune
Youtube :Malaysia Tribune
TikTok : Malaysia Tribune
Whatsapp Channel :Malaysia Tribune
Telegram :Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button