Berita Semasa

Rafizi nafi maklumat sistem PADU digodam

KUALA LUMPUR – Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli hari ini menafikan dakwaan maklumat dari Sistem Pangkalan Data Pusat (PADU) digodam oleh kumpulan penggodam yang menggunakan nama R00TKIT.

Rafizi dalam satu ciapan di aplikasi X secara sinis menyindir forum dalam talian LowyatNET, yang menyiarkan dakwaan kumpulan R00TKIT berjaya menggodam maklumat PADU dan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN).

“Terima kasih LowyatNET kerana tidak menyemak kesahihan fakta terlebih dahulu.

“Sebaiknya anda boleh hubungi @paduofficial_ untuk dapatkan pengesahan,” katanya.

Melalui tangkap layar yang disiarkan LowyatNET, R00TKIT dalam kenyataannya mendakwa berjaya menembusi sistem keselamatan server LPPKN dan merampas keseluruhan maklumat berjumlah 27 terabait.

Sebelum ini, R00TK1T memberikan masa 12 jam kepada pihak berkuasa untuk mengeluarkan kenyataan mengenai pencerobohan data yang berlaku.

Bagaimanapun, LPPKN yang berada di bawah kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sehingga kini masih belum mengeluarkan kenyataan mengenai dakwaan itu.

 

Show More

Related Articles

Back to top button