Berita Semasa

KDN kaji panjangkan tempoh sah laku pasport sehingga 10 tahun

PUTRAJAYA – Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan menjalankan satu kajian bagi memanjangkan tempoh sah laku pasport sehingga 10 tahun berbanding lima tahun ketika ini.

Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, kajian tersebut dibuat susulan banyak negara telah menambah tempoh sah laku pasport mereka sehingga 10 tahun.

“(Tempoh sah laku) pasport kita (Malaysia) adalah lima tahun, sama ada kita mahu kekal lima atau menuju ke arah sepuluh tahun kita akan lakukan satu fasa kajian.

“Seperti sedia maklum, ia sudah diamalkan dalam kalangan negara Asean seperti Thailand, Indonesia, Filipina dan Singapura begitu juga negara seperti Itali, Perancis, Amerika Syarikat (AS) dan United Kingdom,” katanya.

Saifuddin berkata demikian dalam satu sidang media selepas merasmikan Majlis Pembukaan Pejabat Pasport Shaftbury Putrajaya di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Saifuddin berkata berdasarkan kajian tersebut, satu keputusan dasar akan dibuat sebelum memuktamadkan sama ada tempoh sah laku pasport itu akan dikekalkan atau dipanjangkan.

“Saya percaya dalam tempoh yang munasabah bila hasil kajian yang diperolehi kita akan buat keputusan dasar tentang keperluan pasport tempohnya lima atau sepuluh tahun.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button