Berita Semasa

Kawasan khas merokok masih di peringkat cadangan – Dr. Dzulkefly

KUALA LUMPUR – Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad memaklumkan cadangan memperkenalkan kawasan khas untuk merokok di kawasan premis sempit masih di peringkat cadangan dan belum dimuktamad.

Beliau berkata, perkara itu hanya satu bentuk pertimbangan yang dicadangkan namun perlu dilihat secara lebih teliti oleh Kementerian Kesihatan (KKM).

Katanya, cadangan mewujudkan kawasan khas merokok itu dibangkitkan dengan mengambil kira kawasan premis makanan tumpuan pelancong yang padat seperti di Jalan Alor, Bukit Bintang.

Tambah beliau, pertimbangan itu akan mengambil kira kaedah dan pelaksanaan di Singapura, Jepun dan negara maju yang lain.

“Kita adakan libat urus dengan lebih 30 pemilik premis penjaja, kalau ia diminta, kami akan pertimbangkan dan kita lihat kepada praktikaliti, kemunasabahan, perkara itu untuk dilakukan..maksudnya kami mendengar,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Sesi ke-28 CODEX Committee for Fats and Oils (CCFO) di Kuala Lumpur hari ini.

Semalam, Dr Dzulkefly menyatakan kesediaan KKM mempertimbangkan cadangan untuk menyediakan kawasan khas bagi perokok di premis makanan yang sempit.

Cadangan itu mendapat tentangan dari pelbagai pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan yang menyifatkan langkah itu sebagai pusingan U (u-turn).

 

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button