Sukan

SELBATCS 2024: Malaysia 0-3 kepada China

SHAH ALAM – Malaysia menutup kempen Kejohanan Berpasukan Piala Asia di tempat kedua selepas tewas kepada 0-3 kepada China sebentar tadi.

Leong Jun Hao yang turun selaku perseorangan utama gagal menyaingi Weng Hong Yang dan tewas dengan keputusan 21-19 21-17.

Harapan untuk melihat beregu utama negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik menghadirkan mata penyamaan juga tidak kesampaian selepas tewas kepada beregu muda China, Xie Hao Nan-Zheng Wei Han 21-16 16-21 23-21.

Pemain muda negara yang berusia 19 tahun, Eogene Ewe yang digalas harapan besar untuk menyelamatkan negara juga gagal berbuat demikian selepas tewas 21-10 21-14 kepada Lei Lan Xi.

 

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button