Berita Semasa

Ladang babi lepaskan sisa najis ke sungai dikompaun, diarah tutup

SEBERANG PERAI – Sebuah ladang ternakan babi di sini yang dikesan membuang sisa ternakan dari ladang perkampungan Sungai Lembu, Seberang Perai Tengah sehingga menyebabkan pencemaran Sungai Kulim dan Sungai Air Merah diarahkan tutup esok.

Exco Agroteknologi, Keterjaminan Makanan dan Pembangunan Koperasi Pulau Pinang, Fahmi Zainol berkata, ladang itu juga gagal dalam proses memperoleh lesen.

“Ladang ini gagal dalam proses memperolehi lesen dan perlu ditutup. Esok Kompuan akan dikeluarkan,” katanya dalam satu komen dalam hantaran satu laman media sosial hari ini.

Terdahulu media melaporkan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kedah menerima maklumat berkaitan pencemaran itu Jumaat lalu, sebelum pegawai penyiasat JAS Cawangan Kulim digerakkan bagi mengesan punca kejadian.

Hasil pemeriksaan lapangan yang dilakukan pegawai penyiasat meliputi kawasan hulu sungai berjaya mengesan aliran air hitam dari Sungai Air Merah mengalir masuk ke Sungai Kulim.

Menurut JAS lagi aktiviti yang mencemarkan sungai itu boleh menyebabkan loji air ditutup dan menjejaskan bekalan air kepada penduduk.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button