Berita Semasa

Malaysia, Mesir terus bincang penghantaran bantuan ke Gaza – Ahmad Zahid

CYBERJAYA – Malaysia dan Mesir meneruskan perbincangan mengenai penghantaran bantuan ke Tebing Gaza melalui Ops Ihsan menerusi sempadan Rafah yang dijadualkan Mac depan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, perbincangan dengan Duta Besar Mesir ke Malaysia, Ragai Tawfik Said Nasar tersebut turut membicarakan mengenai perkembangan terkini di kawasan bergolak tersebut.

“Semoga perbincangan itu dapat meneruskan usaha murni penyaluran bantuan kepada mangsa konflik peperangan di Palestin” kata Ahmad Zahid dalam satu hantaran di laman Facebook miliknya, hari ini.

Beliau berkata, perbincangan itu diadakan ketika beliau mengunjungi dan memenuhi jemputan makan malam di kediaman perwakilan Mesir itu, malam tadi

Selain membuka ruang pertukaran pandangan mengenai isu-isu penting serantau dan global, peluang meningkatkan kerjasama ekonomi, kolaborasi pendidikan dan memperkukuhkan hubungan dua hala yang lebih erat.

“Semoga ukhwah yang terjalin antara Malaysia dan Mesir terus berkekalan serta menatijahkan kebaikan buat kedua negara untuk terus bekerjasama mencipta kejayaan dan memacu kemajuan,” kata Ahmad Zahid lagi.

Show More

Related Articles

Back to top button