Berita SemasaPM X

RM1 juta untuk Masjid Jamek Tengah Berapit – PM Anwar

BUKIT MERTAJAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan sebanyak RM1 juta bagi Masjid Jamek Tengah Berapit di sini hari ini.

Menurut Perdana Menteri, peruntukan tersebut adalah bagi mengimarahkan masjid berkenaan dengan pelbagai program.

Selain itu, ianya juga bagi kerja-kerja pembaikan serta penyelenggaraan masjid bagi menjamin kelangsungannya sebagai pusat aktiviti keagamaan dan pembangunan insaniah anak-anak Kariah di kawasan tersebut.

“Saya turut bersetuju untuk memberikan sumbangan sebanyak RM1 juta bagi program dan kerja-kerja pembaikan serta penyelenggaraan masjid ini,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook hari ini.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Perasmian Masjid Jamek Tengah Berapit di Bukit Mertajam hari ini.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button