Berita Semasa

Pekerja p-hailing rayu kadar asas upah dikembalikan seperti sedia kala

PUTRAJAYA – Pekerja p-hailing di sebuah syarikat terkenal memohon kepada kerajaan untuk membantu dan bertindak bagi mengatasi isu penurunan pendapatan yang diterima mereka disebabkan pengurangan kadar asas upah.

Wakil pekerja, Mohd Adie Ali Nafiah berkata, lebih menimbulkaan ketidakpuasan hati mereka apabila pihak syarikat telah menurunkan kadar asas upah tanpa memberitahu atau berbincang terlebih dahulu.

Setiausaha Agung MTUC turut hadir penyerahan memorandum kepada Kementerian Pengangkutan

“Mereka mengganggu sistem upah kami, menyukarkan kami untuk mencari rezeki. Kami meminta syarikat untuk kembali kepada sistem asal, tetapi tiada tindak balas. Kami memohon kerajaan untuk menyusun pelan jangka panjang yang adil untuk menangani isu ini,” katanya.

Terdahulu kira-kira 50 pekerja p-hailing menyerahkan memorandum kepada wakil Kementerian Pengangkutan di sini.

Antara isi kandungan memorandum tersebut, pekerja-pekerja menuntut agar syarikat mempertahankan ‘pick-up bonus’ serta memperbaiki proses pembatalan pesanan tunai yang lambat.

Dalam pada itu Mohd Azad Mohd Hussin dari Perak, berharap isu itu dapat diselesaikan segera kerana pendapatannya telah turun secara drastik selepas pelaksanaan kadar baharu tersebut.

Dia berkata, pengurangan bayaran untuk penghantaran jarak jauh itu telah menyebabkan ketidakpuasan hati di kalangan pekerja.

Sementara itu Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Kamarul Baharin Mansor, merayu kepada kerajaan untuk memberi perhatian serius kepada tuntutan pekerja p-hailing yang masih belum mendapat penyelesaian.

“Sebelum ini, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, mengakui bahawa isu kadar upah bagi penghantar e-hailing atau p-hailing merupakan perbincangan penting dalam industri gig, dan menyatakan bahawa fokus kerajaan pada masa ini adalah untuk meningkatkan perlindungan sosial bagi penghantar.

“Justeru, kami berharap kerajaan dapat meneliti isu ini supaya kebajikan mereka terjaga,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button