Jenayah & Mahkamah

Saman McDonald’s Malaysia terhadap BDS Malaysia dibuat secara mediasi

KUALA LUMPUR – Saman fitnah oleh McDonald’s Malaysia terhadap BDS Malaysia akan dirujuk melalui proses mediasi di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 18 Mac ini.

Menurut BDS Malaysia dalam satu kenyataan, pihaknya akan diwakili oleh Raja Riza dan Associates bagi menghadapi tindakan undang-undang ini.

“Atas nama keadilan dan kebebasan untuk Palestin, mereka memberikan perkhidmatan mereka secara pro bono

“Kami yakin akan mendapat keputusan yang memihak kepada kami sekiranya saman itu dibawa ke perbicaraan penuh,” katanya hari ini.

Menurutnya lagi, pihaknya bersedia untuk perkara itu diselesaikan melalui mediasi selagi resolusi itu tidak sama sekali menjejaskan atau menghalang usaha pihaknya untuk menamatkan apartheid Zionis dan tindakan genosid di Palestin.

Media, sebelum ini, melaporkan tindakan McDonald’s Israel menyumbang makanan kepada rejim Zionis adalah tindakan persendirian dan tidak mencerminkan nilai atau amalan syarikat McDonald’s Malaysia.

McDonald’s Malaysia (Gerbang Alaf Restaurants Sdn Bhd) dilaporkan berkata, pihaknya sedia maklum mengenai perbincangan yang berlaku di media sosial berkaitan McDonald’s Israel.

Show More

Related Articles

Back to top button