Berita Semasa

Kerajaan perkenal Beras Putih Malaysia Madani

PUCHONG – Kerajaan memperkenalkan Beras Putih Malaysia Malaysia Madani bagi menggantikan beras putih tempatan dan import berkuat kuasa 19 Februari dan akan berada di pasaran pada 1 Mac.

Perkara tersebut dimaklumkan Ahli Parlimen Bukit Gantang merangkap Pengerusi Jawatankuasa Menangani Harga Makanan dan Kos Sara Hidup, Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL), Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal dalam satu sidang media di sini hari ini.

Menurut Syed Abu Hussin, kerajaan memberi tempoh 10 hari kepada pemain industri beras untuk membuat penyelarasan dari segi pembungkusan dan pemasaran.

“Berkuat kuasa 19 Februari 2024, Penetapan harga siling tunggal untuk
Beras Putih Malaysia Madani bagi kampit 10 kilogram (kg), 5kg, 1kg adalah ditetapkan pada kadar berikut:

1. RM30.00 per kampit 10kg.
2. RM15.50 per kampit 5kg.
3. RM 3.50 per kampit 1kg.

Ditanya mengenai rasional penetapan harga RM30 bagi kampit 10kg, Syed Abu Hussain berkata, ia adalah susulan tiada kenaikkan harga beras direkodkan sejak 18 tahun lepas.

“Ketetapan ini dibuat selepas mengambil kira tiada kenaikan harga beras putih selama 18 tahun dengan perkara ini sudah dibentang dan dipersetujui Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya.

Dalam pada itu, Syed Abu Hussain turut mengesahkan bahawa berlakunya
manipulasi melibatkan bekalan beras putih tempatan sehingga ia sukar didapati di pasaran.

“Tindakan ini berpunca akibat tiada kawalan harga ditetapkan bagi bekalan beras putih import, menyebabkan harga barangan berkenaan sentiasa tinggi selain didorong faktor lonjakan harga import akibat kenaikan harga beras global.

“Ia menyebabkan label beras putih tempatan akhirnya ditukar kepada beras putih import atau ia dicampur dan sebagainya,” katannya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button