Berita Semasa

Masalah pendawaian elektrik disahkan punca kebakaran di Flat Sri Sabah

KUALA LUMPUR – Masalah pendawaian elektrik disahkan menjadi punca kebakaran yang memusnahkan lima unit kediaman di Flat Sri Sabah, Cheras, di sini, Sabtu lalu.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelemat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur, Muhammad Salleh Abdul berkata, kebakaran tersebut bermula di rumah unit 3 sebelum merebak ke empat unit yang lain.

“Dakwaan bunga api menjadi punca kebakaran adalah tidak benar sama sekali. Siasatan unit forensik mendapati, kebakaran dipercayai tertumpu pada kotak distribution board (DB).

“Kita kenal pasti bahawa kebakaran bermula di unit nombor 3 dan hasil siasatan, semasa kebakaran unit tersebut ditutup,” katanya ketika ditemui di Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Cheras yang menjadi penempatan sementara lima keluarga mangsa kebakaran tersebut.

Hadir sama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa; Ahli Parlimen Bandar Tun Razak Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail serta Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Kamarulzaman Mat Salleh.

Mengulas mengenai dakwaan pili bomba tidak dapat digunakan semasa kebakaran, Muhammad Salleh berkata, ianya tidak benar, sebaliknya hanya alat bantu mula yang tidak berfungsi.

“Ia tidak melibatkan pili bomba cuma hanya alat bantu mula yang tidak boleh digunakan. Pili bomba semua berfungsi cuma dari segi tekanan rendah,” jelasnya.

Dalam pada itu, Muhammad Salleh berkata, satu ‘task force’ (pasukan khas) akan ditubuhkan bagi menjalankan siasatan secara menyeluruh agar kejadian sama tidak berulang.

“Kita akan tubuhkan satu task force untuk lakukan pemeriksaan secara menyeluruh terhadap flat-flat bandaraya. Kita akan buat segera dan akan cadangkan untuk meningkatkan sistem yang sedia ada.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button