Berita Semasa

Mangsa kebakaran Flat Sri Sabah terima bantuan tunai, rumah transit – Zaliha

KUALA LUMPUR – Lima keluarga yang kehilangan unit kediaman mereka di Flat Sri Sabah, Cheras, di sini, Sabtu lalu akibat kebakaran akan diberikan rumah transit daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa, kesemua mangsa boleh menduduki rumah transit di Flat Sri Johor bermula Rabu ini.

“Bagi yang membeli rumah kita bagi tempoh tinggal di rumah transit selama enam bulan, bagi yang menyewa kita bagi masa sampai tiga tahun,” katanya ketika ditemui di di Pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Cheras, di sini, hari ini.

Hadir sama, Ahli Parlimen Bandar Tun Razak Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail; Timbalan Masyarakat Datuk Seri Dr Noraini Ahmad serta Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Kamarulzaman Mat Salleh.

Tambah Zaliha, sebanyak RM7,300 telah disumbangkan kepada lima wakil keluarga hasil sumbangan Jabatan Wilayah, DBKL, Pejabat Parlimen Tun Razak serta Jabatan Kebajikan masyarakat (JKM).

“Hari ini kita berikan sumbakan tunai RM5,000 daripada Jabatan Wilayah Persekutuan, DBKL RM1,000 dan Pejabat Parlimen Bandar Tun Razak sebanyak RM1,000 dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) RM300.

Terdahulu, Ketua Pengarah Bomba Kuala Lumpur, Muhammad Salleh Abdul mengesahkan masalah pendawaian elektrik menjadi punca kebakaran yang memusnahkan lima unit kediaman Sabtu lalu.

Sementara itu, Zaliha memaklumkan, pihak DBKL akan membantu membaiki kesemua unit kediaman yang terjejas akibat kebakaran tersebut.

Show More

Related Articles

Back to top button