Berita Semasa

Pemegang rekod dunia marathon, Kelvin Kiptum maut kemalangan

KAPTAGAT – Pemegang rekod dunia acara marathon, Kelvin Kiptum maut dalam satu kemalangan jalan raya di Kaptagat yang terletak di barat daya Kenya.

Turut maut bersama pelari Kenya berusia 24 tahun itu ialah jurulatihnya, Gervais Hakizimana.

Seorang lagi mangsa dalam kemalangan itu telah dikejarkan ke hospital selepas mengalami kecederaan parah.

Difahamkan kereta jenis Toyota Premio yang dipandunya terbabas dan melanggar sebatang pokok.

Minggu lepas rekod dunia Kiptum iaitu 2:00:35s, yang pantas 34 saat daripada catatan lama Eliud Kipchoge, telah disahkan oleh Olahraga Dunia.

Kiptum juga baru-baru ini mengumumkan hasrat untuk menjadi atlet pertama marathon yang mencatat masa di bawah dua jam.

 

Show More

Related Articles

Back to top button